Ringkasan dagangan Asia pada 08.11.2018

Ringkasan dagangan Asia pada 08.11.2018

Ringkasan dagangan Asia pada 08.11.2018: USDX, JPY, AUD

Dolar AS mengetepikan kesan ketidakpastian yang berlaku selepas pilihan raya pertengahan kongres. Kini dolar AS mendapat sokongan daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan.

Peserta pasaran tidak menjangka kenaikan kadar pada bulan ini. Retorik hawkish terhadap pengetatan kewangan selanjutnya boleh menggalakkan para pelabur untuk membuka urusniaga beli bagi mata wang AS.

Pada sesi awal Wall Street, indeks dolar AS naik hampir 40 pip untuk didagangkan sekitar paras 96.20.

Dolar AS mengukuh ke tahap yang lebih tinggi dalam dagangan Asia. Pasangan dolar / yen naik 70 pip dan kemudian diperbetulkan ke bawah pada paras 113.60. Hari ini Jepun mengeluarkan laporan mengenai pesanan mesin yang kurang memuaskan berbanding jangkaan.

Data makroekonomi dari China juga tersasar dari jangkaan pasaran. Imbangan dagangan asing mencatat lebihan hampir 34 bilion dolar AS pada bulan Oktober, ia mengatasi bacaan sebelumnya. Penganalisis menjangkakan lebihan 35 bilion dolar. Para pelabur bersorak dengan bacaan eksport yang kukuh apabila meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 15.6%, berbanding ramalan pada 11%. Import melonjak kepada 21.4% daripada 14.3% sebelumnya.

Dolar Australia juga mempamerkan gerakan pasaran yang menarik. Selepas keluaran data dagangan yang meningkat dari China, pasangan AUD / USD melantun ke atas paras 0.7280.

Kini pedagang sedang menunggu kemas kini dasar dari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan. Walau bagaimanapun, penganalisis memberi amaran kepada pedagang agar tidak membuat keputusan yang tergesa-gesa untuk membuat urusniaga beli. Pada hari Jumaat, Amerika Syarikat dijangka mengekuarkan data-data penting yang utama yang boleh menghalang kemajuan dolar.