Rumusan dagangan Asia pada 17.10.2018: USDX, USD / JPY, AUD / USD

Rumusan dagangan Asia pada 17.10.2018: USDX, USD / JPY, AUD / USD

Rumusan dagangan Asia pada 17.10.2018: USDX, USD / JPY, AUD / USD

Semasa perdagangan Wall Street, dolar AS melantun semula ke tahap sesi Eropah semalam..

Indeks dolar AS jatuh seketika, namun tindakan pelabur, menolak indeks kembali ke julat dagangan sebelumnya. Pelabur digalakkan dengan peningkatan dalam keluaran perindustri an AS, serta keluaran output perlombongan. Selain itu, pelabur menunggu minit mesyuarat polisi Rizab Persekutuan pada bulan September. Para peserta pasaran yakin akan terdapat kenaikan kadar oleh bank pusat AS pada bulan Disember. Baru-baru ini, Presiden AS sekali lagi mensasarkan bank pusat. Donald Trump menyatakan pendiriannya menolak kadar pengetatan monetari yang terlalu cepat. Dalam pada itu, indeks dolar AS masih didagangkan di antara paras 95.00 dan 95.20.

Sementara itu, peniaga mendapatkan semula selera berisiko yang dicerminkan melalui dinamik pasangan dolar / yen. Pelabur menjual yen, dengan memilih mata wang yang lebih berisiko. Yen melemah dan berada di atas paras 112.00 berbanding dolar AS..

Menjadi barometer sentimen berisiko, dolar Australia melonjak ke paras tertinggi dua minggu. Esok Australia dijangka mengeluarkan data mengenai pasaran buruh yang diharap dapat mendedahkan trend negatif. Sementara itu, dolar aussie dilihat sebagai aset bagi urusniaga yang spekulatif. Menyebabkan, pasangan AUD / USD berkemungkinan akan turun ke bawah dalam masa terdekat kerana para pelabur akan mengunci keuntungan dari kedudukan jangka pendek. Pasangan matawang ini dilihat menuju ke atas. Ia dijangka mendaki di atas 0.7150..

Pada sesi Eropah hari ini, sentimen perdagangan bagi pound sterling akan bergantung kepada kepelbagaian faktor seperti minit mesyuarat dasar Fed, data inflasi pengguna dari UK, dan keputusan sidang kemuncak EU mengenai perjanjian Brexit.