Ulasan Dagangan Asia pada 18.10.2018. USD, JPY dan AUD

Ulasan Dagangan Asia pada 18.10.2018. USD, JPY dan AUD

Ulasan Dagangan Asia pada 18.10.2018. USD, JPY dan AUD

Minit mesyuarat Federal Reserve bagi bulan September telah menyebabkan pembelian yang menggalakkan bagi matawang AS.

Peserta pasaran gembira dengan pendekatan polisi monetori bank pusat. Dalam dagangan Amerika Utara, indeks dolar AS naik 50 pips. Selepas itu, kemaraan terhenti pada paras berhampiran 95.70. Pembetulan kebawah berkemungkinan terjadi untuk masa hadapan kerana kenaikan dolar akan dikunci keuntungannya.

Apa yang sebenarnya yang memberi inspirasi kepada pelabur? Minit telah menunjukkan bahawa Federal Reserve berada pada landasan yang betul dengan menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur. Pegawai Fed percaya pengetatan monetori sesuai untuk dikekalkan dibawah perkembangan ekonomi yang mampan. Dengan prospek yang sedemikian telah merangsang permintaan bagi Perbendaharaan AS kerana hasilnya bergantung secara langsung pada paras kadar faedah.

Situasi begini dalam pasaran bon telah menyebabkan dolar AS untuk menguatkan kedudukannya berbanding yen. Pasangan dolar/yen masih bergabung diatas 112.00. Pasangan menutup dagangan Asia berhampiran 112.60. Hari ini Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda akan memberi ucapan yang mungkin tidak mempunyai maklumat yang baru. Oleh itu, pelabur tidak mengambil kira kenyataannya.

Menariknya, retorik bank pusat Jepun harus diperhalusi. Ekspot Jepun jatuh buat pertama kalinya dalam masa dua tahun. Menteri kewangan Jepun melaporkan yang ekspot telah susut 1.2% pada bulan September dari setahun sebelumnya, menjangkaui jangkaan peningkatan 1.9%. Ekspot Jepun berkurangan kerana kerosakan kepada tapak pengeluaran dan rangkaian logistik kesan dari bencana alam bulan lepas

Dolar Australia mengelak dari kejatuhan yang mungkin berlaku selepas laporan yang mengecewakan bagi pasaran buruh. Pasangan AUD/USD kekal pada paras 0.7120 kerana pelabur masih mempunyai selera berisiko. Pelabur mendapatkan galakan dari laporan Perbendaharaan mengenai amalan pertukaran luar yang mana AS tidak menuduh People;s Bank of China membuat campurtangan forex dengan tujuan untuk melemahkan yuan. Selepas laporan tersebut, yuan susut ke paras terendah sejak Januari 2017. Sebagai matawang utama bagi pembekal komoditi dalam industri China, dolar Australia menunjukkan daya tahan ditengah jangkaan yang konflik dagangan antara AS dan China akan akhirnya diselesaikan.

Kesimpulanya, dagangan Asia hari ini adalah penuh dengan acara. Bagi berita seterusnya, kita akan mengkaji semula pasaran minyak yang mana harga minyak telah turun pada hari ini. Disamping itu, anda akan mengetahui bagaimana perbincangan mengenai Brexit telah mempengaruhi matawang Eropah. Jangan ketinggalan untuk berita tersebut. Itulah sebabnya anda harus untuk melanggan rangkaian kami. Jumpa lagi