Cara Masukkan Template Moving Haiken Ke dalam Meta Trader4

Cara Masukkan Template Moving Haiken Ke dalam Meta Trader4
Pada kesempatan kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara ingin masukkan template Moving haiken pada chart MT4 versi terbaru. Dengan adanya template ini anda tidak perlu lagi seting moving haiken satu persatu. Ini kerana template ini saya telah pun setting daripada Time Frame M1 hinggalah ke Time Frame MN. Apa yang perlu anda buat hanyalah masukkan template ini ke dalam Meta Trader4 anda. Cara untuk masukkan template ini anda boleh ikut langkah seperti berikut:-

Sebelum anda masukkan template ke dalam meta trader 4. Anda mestilah ada satu file template yang saya berikan secara pakej. Anda boleh dapatkan template moving haiken secara pakej di sini. Setelah anda dapatkan file tersebut langkah pertama yang perlu buat adalah buka meta trader 4 anda klik pada File => Open Data Folder => template dan anda copy file template dan anda paste. Lihat gambarajah di bawah sebagai contoh.
Image
Setelah anda paste file tersebut, langkah seterusnya anda klik pada template di sebelah atas kanan meta trader 4 anda dan anda akan dapat lihat terdapat template moving haiken di situ. Jika tidak ada anda cuba tutup meta trader 4 anda dan buka kembali atau anda boleh juga refresh Meta Trader 4 anda dengan cara klik mouse anda sebelah kanan dan klik pada refresh. Lihat gambarajah di bawah sebagai contoh.
Image
Kini telah selesai anda masukkan template moving haiken ke dalam meta trader 4 anda. Anda tidak perlu ubah apa-apa kerana template ini telah siap saya teating dari Time Frame M1 hinggalah ke Time Frame MN. Ini untuk memudahkan para trader moving haiken menggunakan teknik ini. Semoga Maju Jaya.