Data Penting untuk USD: Kadar Inflasi AS
Data Penting untuk USD: Kadar Inflasi AS

Apa yang akan terjadi?

Kadar Inflasi (CPI) AS akan diumum pada hari Rabu, 10 November, jam 15:30 MT (GMT+2). Indikator ini mengukur perubahan bulan ke bulan bagi harga barangan dan perkhidmatan. Laporan inflasi akan menjejaskan dolar AS dan dengan itu hampir keseluruhan pasaran Forex.

Mengapa ia penting?

Rizab Persekutuan membuat keputusan dasar berdasarkan data Kadar Inflasi, itulah sebabnya mengapa bukan sahaja laporan sebenar tetapi juga jangkaan pedagang untuk Kadar Inflasi meningkatkan kemeruapan di pasaran Forex.

Laporan terakhir menunjukkan bahawa inflasi berada di paras 0.4%, lebih baik daripada jangkaan 0.3%. Akibatnya, EUR/USD jatuh sebanyak 140 poin. Sila maklum bahawa EUR/USD jatuh apabila USD meningkat, dan begitu juga sebaliknya, EUR/USD meningkat apabila USD jatuh. Selain dari itu, ambil kira arah trend dan aras-aras sokongan yang kuat. Pada hari pengumuman, pasangan itu sedang dalam trend menaik dan apabila ia mencapai purata pergerakan 50 hari (garisan merah) ia telah berpatah balik.
Image

Bagaimana cara untuk berdagang dengan kadar inflasi AS?

Bandingkan Kadar Inflasi sebenar dengan jangkaan pasaran. Jangkaan lazimnya disiarkan di kalendar ekonomi beberapa hari sebelum pengumuman. Laporan Kadar Inflasi yang mantap boleh memaksa Fed menaikkan kadar lebih awal daripada yang dijangkakan. Ia seharusnya mendorong USD naik ke atas. Kami telah sediakan panduan di bawah, tetapi ingat bahawa setiap panduan dan petua adakalanya tersasar!
  • Jika inflasi AS lebih besar dari jangkaan, USD akan naik.
  • Jika sebaliknya, ia akan jatuh.

Berita Forex Terkini

Artikel Terkini

Blog Categories


Cetak