Acara penting untuk USD: Indeks Harga Pengeluar
Image
Acara penting untuk USD: Indeks Harga Pengeluar

Apa yang akan terjadi?

AS akan menerbitkan Indeks Harga Pengeluar (PPI) pada 14 Disember, Selasa, pukul 21:30 GMT+8

Mengapa ia penting?

PPI ialah indikator utama inflasi yang menunjukkan perubahan harga barangan siap dan perkhidmatan oleh pengeluar. Harga yang lebih tinggi di peringkat pengeluar membawa kepada kos yang lebih tinggi untuk pengguna dan mendorong kenaikan inflasi. Lebih tinggi inflasi– lebih tinggi kebarangkalian Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar. Kadar yang lebih tinggi, seterusnya, akan mendorong dolar AS naik ke atas dan emas turun ke bawah. Laporan ini sangat penting kerana Fed akan bermesyuarat pada 15 Disember, di mana ia mungkin akan mengumumkan kenaikan kadar.

Apa yang berlaku sebelum ini?

Pada kali yang terakhir, PPI ialah 0.6% - tepat seperti yang dijangkakan oleh penganalisis. Ia menimbulkan kebimbangan bahawa Fed boleh membiarkan kadar kekal di paras terendah semasa lebih lama lagi – faktor yang bearish untuk dolar. Oleh itu, USD jatuh dan EUR/USD melonjak sebanyak 230 poin selepas laporan itu.

Sila maklum bahawa apabila USD naik, EUR/USD jatuh kerana USD ialah matawang sebut harga .
Image

Bagaimana cara untuk berdagang sempena PPI?

Buka kalendar ekonomi beberapa hari sebelum acara dan semak unjuran. Jika ia jauh lebih tinggi daripada angka sebelum ini, USD boleh mula meningkat naik sebelum acara berlangsung, dan begitu juga sebaliknya. Kemudian, tunggu sehingga keputusan sebenar diumumkan.

  • Jika angka sebenar mengatasi tahap yang diunjurkan, USD akan meningkat.
  • Jika angka yang diumum mengecewakan, USD akan jatuh.
Instrumen untuk didagangkan: semua pasangan major dan XAU/USD
Image

Berita Forex Terkini

Artikel PoPular

Image

Cetak