NFP Akan Menentukan Arah untuk USD dan Emas
NFP Akan Menentukan Arah untuk USD dan Emas

Apa yang akan terjadi?

Biro Perangkaan Buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan purata pendapatan setiap jam bulanan, perubahan penggajian bukan perladangan (NFP) dan kadar pengangguran pada 5 November, 14:30 GMT+2. Berjuta-juta mata akan memerhatikan data ini dengan teliti kerana ia menunjukkan kepada kita kemantapan ekonomi secara keseluruhan. Purata pendapatan setiap jam ialah data terawal yang berkaitan dengan inflasi buruh. NFP dan kadar pengangguran membantu memahami kemantapan ekonomi secara keseluruhan, oleh itu, meramalkan keputusan Fed pada masa akan datang.

Mengapa ia penting?

Ketiga-tiga bacaan adalah penting kerana ia dikeluarkan setiap bulan, menjadikannya indikator yang cukup tepat bagi keadaan ekonomi semasa. Walau bagaimanapun, bulan lepas tidak menyebabkan perubahan yang besar pada harga aset berkaitan. Emas, yang biasanya terkesan dengan data ini lantaran dari tindak balas USD (dua aset ini mempunyai korelasi yang songsang), membuat pergerakan meruap yang besar, tetapi hanya selama sejam. Tidak lama kemudian semuanya kembali normal. Ia masih lagi suatu reaksi yang boleh kita dagangkan dan pergerakan harga kali ini dijangka menarik untuk dilihat.
Image

Bagaimana cara berdagang dengan data NFP?

Data ini akan memberi kesan yang besar terhadap pelbagai aset, termasuk emas, pasangan yang berkaitan dengan USD, dan pasaran saham, terutamanya indeks S&P 500.


  • Jika angka sebenar NFP mengatasi jangkaan – XAU akan jatuh.
  • Jika tidak, ia akan naik.
Instrumen untuk didagangkan: XAU/USD, EUR/USD, USD/CAD.

Berita Forex Terkini

Artikel Terkini

Blog Categories


Cetak