Pengumuman Bank of England
Image
Pengumuman Bank of England

Apa yang akan terjadi?

Bank of England akan mengumumkan penyata dasarnya pada 16 Disember, Khamis, pukul 14:00 GMT+2 (waktu MetaTrader). Ia akan memberikan kesan ke atas semua pasangan pound British.

Apa yang boleh dijangkakan?

Pakar ekonomi menjangkakan bahawa Bank of England akan menahan diri daripada mengetatkan dasar monetari pada kali ini. Salah satu sebab utama ialah ketidakpastian tentang varian Omicron baharu. Bank pusat berkemungkinan memerlukan lebih banyak masa untuk menilai impak Omicron terhadap ekonomi UK, itulah sebabnya mengapa kebanyakan ahli bank mungkin akan mengundi untuk mengekalkan kadar pada paras terendah dalam rekod iaitu 0.1%.

Apa yang berlaku sebelum ini?

Pound Britain turun secara mendadak selepas pengumuman Bank of England di mesyuarat yang terdahulu. Pedagang menjangkakan bank pusat itu akan menaikkan kadar, tetapi ia tidak berlaku.
Image

Bagaimana cara berdagang dengan Pengumuman BoE?

  • Jika Bank of England menaikkan kadar, GBP akan meroket.
  • Jika bank itu mengekalkan kadar tidak berubah, GBP akan jatuh.

Semak kalendar ekonomi
Instrumen untuk didagangkan: semua pasangan matawang yang menampilkan GBP
Image

Berita Forex Terkini

Artikel PoPular

Image