Acara Penting untuk Semua Forex: Pengumuman Fed
Image
Acara Penting untuk Semua Forex: Pengumuman Fed

Apa yang akan terjadi?

Bank pusat AS, Rizab Persekutuan, akan mengumumkan keputusannya mengenai dasar monetari selanjutnya pada 16 Disember, pada pukul 03:00 (GMT+8). Kebanyakan pedagang sedang menantikannya dengan penuh bersemangat kerana pengumuman ini akan menentukan dinamik harga matawang yang paling banyak didagangkan di pasaran Forex – dolar AS.

Apa yang boleh kita jangkakan?

Terdapat dua perkara utama yang harus diperhatikan oleh pedagang: rentak langkah penirusan dan prospek kenaikan kadar. Komen dari Pengerusi Fed, Jerome Powell, baru-baru ini telah memberi isyarat bahawa Fed bersikap hawkish. Pegawai Fed telah pun memberitahu bahawa bank pusat itu mungkin akan memutuskan untuk merancakkan program penirusannya kepada $30 bilion sebulan. Bercakap mengenai kadar, penganalisis menjangkakan bahawa kenaikan kadar pertama tidak akan muncul sehingga musim panas. Walau bagaimanapun, Fed mungkin membayangkan kenaikan kadar yang lebih awal daripada yang dijangkakan oleh pasaran.

Bagaimana cara untuk berdagang dengan Pengumuman Fed?

Adalah penting untuk mengikuti keseluruhan sentimen pasaran. USD boleh naik lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh Fed kerana pedagang menjangkakan langkah-langkah yang hawkish daripada Fed.

  • Jika Fed meniruskan rangsangan lebih banyak atau memutuskan untuk menaikkan kadar lebih awal daripada jangkaan, USD akan meroket.
  • Jika Fed membiarkan dasar tidak berubah, USD akan jatuh.
Semak kalendar ekonomi

Instrumen untuk didagangkan: semua pasangan major, emas, indeks saham AS
Image

Berita Forex Terkini

Artikel PoPular

Image