Cara penggunaan teknik trading forex MH

Cara guna teknik MH

Seperti yang anda tahu teknik moving haiken menggunakan tiga indicator moving average dan satu indicator haiken. Indicator ini kita gabungkan ia menjadi satu teknik trading yang cukup berkesan dan mampu memberi profit yang agak luar biasa. Namun begitu untuk menjadikan teknik ini betul betul berkesan anda perlu tahu pengunaan teknik ini dengan cara yang betul. Saya cuba kongsikan bagaimana cara menggunakan teknik ini dengan cara yang betul. Sebelum mengambil keputusan untuk melakukan buy atau sell perkara pertama yang perlu anda lihat adalah trend. Dalam teknik ini terdapat tiga trend yang perlu kita ambil tahu ia itu long trend, short trend dan current trend.

Long trend.(LT)

Trend jangka panjang iaitu long trend adalah pekara pertama yang perlu anda lihat semasa melakukan urusniaga. Trend ini kita boleh lihat berpandukan kepada moving average LT (MA LT). Kita perlu tahu apakah trend sebenar dalam jangka masa panjang adakah up trend atau down trend.

Short trend.(ST)

Setelah kita tahu trend jangka panjang pekara kedua yang wajib kita tahu adalah trend jangka pendak iaitu short trend. Dalam teknik ini kita boleh lihat trend jangka pendek berpandukan moving average ST(MA ST). Kita perlu tahu apakah trend jangka pendak adakah up trend atau down trend. Adalah lebik baik sekiranya kedua- dua trend LT dan ST menunjukkan sama arah.

Current trend.(CT)

Current trend adalah trend semasa yang mana trend ini teramat penting untuk kita tahu. Trend ini yang menentukan position yang perlu kita ambil buy atau pun sell. Sebaiknya biarlah ketiga tiga trend menunjukkan arah yang sama untuk mengurangkan resiko semasa melakukan urusniaga. Elakkan entry berlawanan trend semasa melakukan urusniaga.
Image

Cara tentukan masa yang sesuai untuk memasuki pasaran.

Untuk entry atau masuk dalam pasaran pertama pastikan MA LT, MA ST dan MA CT menunjukkan arah yang sama. Setelah itu anda perlu tunggu sehingga candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT baru anda boleh entry.

Untul entry SELL pastikan MA LT dan MA ST berada di atas MA CT dan candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT LOW.

Untuk entry BUY pastikan MA LT dan MA ST berada di bawah MACT dan candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT HIGH
Image

Related Articles

Information Moving Heiken

Hasrat kami adalan ingin menbantu trader yang baru ingin menceburi dalam dunia perniaga forex. Di website ini kebanyakan info adalah berkenaan dengan forex trading. Dengan adanya sedikit pengalaman dalam forex trading kami berhajat ingin berkongsi ilmu perniagaan forex kepada trader yang berminat.

 

Hubungi

Lot 92 Jln mutiara 7, Jerteh, 22200, Terengganu, Malaysia

+6 012 9378 748.

[email protected]

www.forextrg.ws


Note: Semua maklumat di halaman ini boleh berubah tanpa notis,
Perdagangan pertukaran mata wang asing dengan margin mempunyai resiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Tahap leverage yang tinggi dapat menentang atau menyebelahi anda. Sebelum membuat keputusan untuk berdagang pertukaran mata wang asing, anda harus mempertimbangkan objektif pelaburan, tahap pengalaman dan risiko anda dengan teliti. Anda berkemungkinan menanggung kerugian sebahagian atau semua dari pelaburan awal anda dan oleh itu anda tidak boleh melabur wang yang anda tidak sanggup kehilangan. Anda harus mengetahui semua resiko dalam perdagangan pertukaran wang asing dan meminta nasihat daripada penasihat kewangan bebas sekiranya anda mempunyai keraguan.