Sentimen ZEW Akan Membantu Euro
Image
Sentimen ZEW Akan Membantu Euro

Apa yang akan berlaku?

Pusat Penyelidikan Ekonomi Eropah (ZEW) Leibniz akan menerbitkan indeks sentimen ekonomi bagi Jerman pada 18 Januari, 12:00 GMT+2. Indeks ini mewakili pandangan para pelabur dan penganalisis institusi terhadap keadaan ekonomi semasa. Kaji selidik ZEW secara historikalnya memfokuskan pada ekonomi Jerman, dan ekonomi Jerman cenderung mendahului ekonomi Zon Euro. jadi prospek keseluruhan Zon Euro yang diterbitkan pada hari yang sama ini cenderung dibayangi oleh data Jerman yang dikeluarkan pada masa yang sama.
Image

Kepentingan indeks ini terhadap ekonomi

Pada kebiasaanya, indeks ZEW akan memberikan lebih maklumat berkenaan situasi ekonomi oleh disebabkan para pelabur dan penganalisis sangat cekap dalam kerja yang mereka lakukan. Jadi, sentimen mereka adalah penting untuk kita memahami situasi pasaran. Tiada apa-apa jangkaan daripada para penganalisis untuk terbitan seterusnya. Namun, bacaan terkini menunjukkan bahawa harapan untuk peningkatan yang ketara untuk enam bulan mendatang adalah sudah semakin pudar, oleh disebabkan ekonomi terbesar Eropah sedang menghadapi kesukaran disebabkan perkembangan situasi terkini pandemik COVID-19 serta kesesakan bekalan yang berterusan pada pengeluaran dan perdagangan runcit.
Image
Bacaan bulan Disember telah meningkatkan kemeruapan EUR/USD, yang telah bergerak sebanyak 650 poin dalam dua jam.

Bagaimana cara berdagang dengan Sentimen Ekonomi ZEW?

Angka yang besar memberikan maksud ekonomi dalam pemulihan, dan para pelabur adalah optimistik, yang pada kebiasaanya akan menggerakkan euro lebih tinggi.
  • Jika angka sebenar lebih baik dari yang dijangkakan – EUR akan naik.
  • Sebaliknya – EUR akan menjunam berbanding GBP dan USD. Semak kalendar ekonomi
Instrumen untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/JPY, EUR/GBP, EUR/CAD.
Image

Berita Forex Terkini

Artikel PoPular

Image

Cetak